Rabu, 1 Ogos 2012

Nukilan - Mutiara Pagi

Semalam
aku adalah seorang puteri
pada setiap jambangan bunga
dalam kamar kehidupan
setiap lambaian bayu
sampaikan salamku
pada setiap pelabuhan menanti
pada khabar gembira
nan tercipta bersama.

Kau
pada kesetiaan dalam kejemuanku
adalah
perindu yang menyanyikan lagu
menusuk duri bebunga wangi
menabur kembali
pada yang sudi.

Hari ini
kusampaikan pada bayu
salam rindu
kematianku belum menjemput lagi
kembaraku
bersama kaki pincang
mendaki
mencari sebutir permata
menyinari malam gelita

~~ MP ~~
310712

Tiada ulasan:

Catat Ulasan