Jumaat, 10 Ogos 2012

LENAKAN AKU

lenakan aku dengan ulit
dzikir cintaMU
biar aku berlama menarik gebar mimpi
peraduan rindu
yang terhias indah

KAU bariskan aku ayat-ayat NurunubuwwahMU

dadaku telah garing
menempik lahap pada rindu demi rinduMU
sehingga bunga teluki itu
kembangnya menggarap ke hati
dan mataku tersirna pada indahnya cipta
yang berwarna

KAUkah yang mengirimkan angin ribut

mengguyurkan cinta gelora
dan pesona kasih
tertewas aku pada deru rindu
yang menggelora
ajarlah aku melukis hati sendiri
saat rinduMU mengepung nubari
dalam ejek resah
tersimbahlah awal pagiku
menjadi dini yang berwarna pelangi
tangkai diriku, janganlah genting dan terputus
kerana aku sedang melayani segumpal cintaMU

dan

tautan abadi ini
menjadi sakarat dalam diriku

**AzaH KhaLiDa**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan