resepi:adizah@myresipi
sumber:Irma
sumber:Irma
Bahan-bahan untuk kentang putar:
6 biji kentang yang bersaiz besar
2 sudu besar mentega
5 sudu besar susu segar
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Cara-cara:
1.Kupaskan
kentang dan potong dadu.Rebus kentang sehingga empuk.Bila dah empuk,
toskan air.Untuk mudahkan kerja, lenyekkan kentang dalam keaadaan
kentang masih panas.
2.Masukkan susu segar dan mentega.Gaul rata.Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Tambahan:Sekiranya
ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam peti ais,
boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang
putar.Sedap.Bertambah lemak.D:
resepi :daun pandan@myresipi
Sumber:Irma
Bahan-bahan:
650ml air
1 biji bawang holland | cincang halus
1 batang saderi | cincang halus
3 sudu besar serbuk Pati Ayam@1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi (saya guna kiub ayam Knorr)
4 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1.Masak
air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang
besar.Masak sampai mendidih.Renehkan sebentar dengan api perlahan selama
10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2.Dalam
periuk yang lain, cairkan mentega di atas api sederhana panas.Biarkan
cair.Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit.Kacau perlahan sampai
tepung tak melekat di periuk.Pastikan api perlahan.
3.Tuangkan air rebusan perlahan-lahan.Sedikit demi sedikit.Kacau sampai kuah menjadi likat.
4.Masukkan sos tomato dan sos tiram.Kacau sebati.
5.Masukkan kicap pekat.Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.
6.Masak
sehingga pekat.Rasa dahulu sebelum masukkan garam.Sekiranya anda sudah
berpuas hati dengan rasa yang sedia ada, tak perlu tambah
garam.Sekiranya mahu masin lebih, barulah tambahkan garam.
7.Akhir
sekali, taburkan serbuk lada hitam.Kacau lagi sampai serbuk lada hitam
sebati dengan kuah.Masa ni kalau nak kuah pekat, kacau lama.Jika suka
kuah cair, boleh dah tutup api.
COLESLOW
resepi:ros@jintanmanis
Bahan-bahan:
1/4 biji kobis saiz kecil
1/2 batang carrot
1/2 biji bawang besar (saya guna bawang holland)
3 sudu besar mayonis
Sedikit garam dan gula
Cara:
Kobis, lobak merah, bawang besar dicincang halus, masukkan mayonis, gula serta garam.Kacau sebati dan sejukkan di dalam peti ais.
Share dari blog -- http://rohaisha.blogspot.com/2012/07/kentang-putar-coleslow.htmlresepi:ros@jintanmanis
Bahan-bahan:
1/4 biji kobis saiz kecil
1/2 batang carrot
1/2 biji bawang besar (saya guna bawang holland)
3 sudu besar mayonis
Sedikit garam dan gula
Cara:
Kobis, lobak merah, bawang besar dicincang halus, masukkan mayonis, gula serta garam.Kacau sebati dan sejukkan di dalam peti ais.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan