Khamis, 9 Januari 2014

ANAK-ANAK BIADAB

share dari link fb ~ Kata-kata Azimat


ANAK-ANAK BIADAB 



Anda perasan tak ? Sekarang semakin ramai belia remaja kita yang KURANG AJAR ? Kurang ajar dengan rakan, bapa saudara, org tua-tua dan ibubapa.Setiap manusia itu dilahirkan ibarat kain putih semasa kecil, terpulang kepada ibubapanya bagaimana cara mencorakkannnya. Maka, kegagalan sahsiah seseorang itu, penyebab utamanya adalah kegagalan asuhan dan didikan mak bapak.


Pepatah Melayu ada mengatakan “melentur buluh biar dari rebungnya”. Terdapat mak bapak zaman sekarang yang mengambil ringan akan perbuatan salah anak-anak mereka.Ternyata perbuatan anak-anak mereka salah, mereka masih ingin memenangkan. Mereka tidak menegur perbuatan salah tersebut , sebaliknya menggalakkan pula anak-anak mereka bertingkahlaku sedemikian. Alasan mereka “Biasalah…budak-budak”, “Biasalah tu..darah muda”



Ibarat “ketam mengajar anak berjalan’. Sikap mak bapak yang tidak memberikan tauladan yang baik kepada anak-anak amat mengecewakan. Bayangkan seorang bapak yang samseng menasihatkan anaknya agar jangan membuli orang. Anak-anak ini menjadikan ibu bapa mereka sebagai role model yang negatif dengan meniru dan mencontohi perangai-perangai buruk mereka yang lama-kelamaan menjadi sebahagian daripada personaliti mereka. Kini, adalah menjadi satu trend masyarakat , mak bapak bercakap kasar di dalam dan luar rumah dan kemudian membiasakan pula anak-anak mereka dengan percakapan yang lucah dan kesat.


Ada juga mak bapak yang memberi keizinan kepada anak-anak mereka berlaku biadab dan kasar. Sedangkan bersikap sabar dan mengalah itu amat penting untuk mengekalkan kedamaian “Apa..? Kau kena pukul…buat apa kau takut sangat kat budak tu..kau lawan la dia balik”.


Lagi satu, ada mak bapak yang menggalakkan anak-anaknya ego dalam berbicara. Mereka mahukan anak-anak mereka hebat berkata-kata dan jangan sesekali mudah mengalah dengan orang tua. Apabila bercakap, mereka sahaja ingin menang dan cakap mereka sahaja yang betul. Perkataan dan nada yang kasar dianggap perkara biasa dan melambangkan keterbukaan dan keramahan dalam pergaulan. Apabila terlalu taksub bercakap, mereka tidak mempedulikan sensitivity perasaan dan maruah orang lain. Sekiranya pihak yang mendengar tersinggung, itu adalah kerana dia tidak biasa dengan pergaulan sedemikian, bukan salah anak-anak mereka yang bercakap.


Fikir-fikirkanlah jangan biarkan anak2 kita terus menjadi biadap...


KATA-KATA AZIMAT... 


Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan