Khamis, 9 Januari 2014

Adab-Adab dalam majlis Ilmu bila duduk dengan GURU

share dari link fb ~ Mat Taiko

Sebagaimana beliau melarang dengan keras para muridnya tidak duduk beradab di dalam majlis bersama beliau, beliau juga membuat perkara bersama ketika duduk menghadap para masyaikh. beliau duduk cukup dengan tawadhu' dan iftirasy depan para masyaikh sambil menunduk seolah-olah beliau tidak tahu apa dihadapan masyaikh. ini yang dapat ku saksikan sendiri ketika pengajian bersama habib zein bin sumaith di malaysia dan juga ketika beliau mendengar ucapan dari syeikhul islam negeri kedah, syeikh majid mohd nor. beliau cukup menghormati para masyaikh dan beradab. begitu juga soal berqasidah, beliau melarang berqasidah bergendang di dalam masjid kerana menghormati dan beradab dengan rumah Allah itu. bukan tanda beliau menolak 'dakwah' berqasidah ini, tetapi soal adab. jika ianya diluar tidak mengapa. juga beliau pernah berkata, "tak guna ber yahanana malam itu dengan suara nyaring sekali, tetapi subuhnya masih kelambatan." belajar itu bukan hanya soal keilmuan, tetapi soal keberadaban untuk mendapat berkat keilmuan itu. ~madad sidi syeikhuna al walid nuruddin marbu al banjari~ 

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan