Isnin, 27 Januari 2014

Antara keajaiban‐ajaiban saat kelahiran Rasulullah...(sila baca seterusnya)

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

Antara keajaiban‐ajaiban saat kelahiran Rasulullah, diriwayatkan tentang keruntuhan singgasana kaisar Kisra, hancurnya 14 Syurfah yaitu jendela besar dari syurfah‐syurfah yang ada di Kisra, Kaisar kisra yang dahulunya sebelum kelahiran Rasulullah merupakan Negara Veto, atau kerajaan empayar yang terkuat,umpama Amarika yang menguasai Dunia, Namun tumpas binasa saat kelahiran Rasulullah.

Kemudian terpadamnya api Persia, padahal api tersebut 1000 tahun tidak pernah terpadam,api yg menjadi tempat penyembah kaum majusi terpadam serta merta, umpama Cahaya Hidayah yg menerangi Dunia sehingga memadam cahaya kekufuran.

Diriwayatkan Rasulullah lahir dalam keadaan dikhitan, ceria 
dan mengucap "Subhanallah" saat dilahirkan.

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah dilahirkan pada hari isnin, diangkat menjadi Nabi pada hari isnin, keluar berhijrah dari Makkah menuju Madinah pada hari isnin, dan masuk Madinah pada hari isnin, dianggkatnya al‐hajar pada hari isnin, dan demikian juga pembukaan kota Makkah dan turunnya surat Al‐Maidah juga pada hari isnin.

Dahulunya sebelum kelahiran Rasulullah, yang mulia adalah Hari Jumaat yang digelar sebagai Penghulu Bagi Segala Hari, Nabi Adam as juga dicipta pada Hari Jumaat, Nabi Adam dikahwinkan juga pada Hari Jumaat, Hari Jumaat juga hari pernikahan Bagi Semua Para Nabi. Kota Madinah, kota yang tersimpannya Jasad Rasulullah menjadi mulia kerana Rasulullah yang asalnya Kota Madinah dikenali Yathrib, Yang diambil nama sesuatu penyakit seperti demam Panas, kerana tempat itu dahulunya ada sesuatu wabak disana, dan Bapa Rasulullah juga meninggal disebabkan wabak penyakit disana. tapi menjadi barakah, menjadi mulia kerana Rasulullah, kata Sheikh Zainol Asri, kalau ada penyakit kulit, ambil tanah Madinah, campur dengan air gosok pada kulit, InshaAllah Sembuh.

selepas Rasulullah dilahirkan Pada Hari Isnin maka Hari Isnin menjadi mulia. ini menunjukkan sesuatu itu mulia kerana Rasulullah, bukannya Rasulullah itu mulia kerana sesuatu.

Kata Ulama' Antara sebab peristiwa mikraj adalah ketika itu langit dan Bumi bertelagah, berdebat ingin menyatakan siapa yang lebih mulia.
Kata Langit, "Kami di langit yang ada disini semuanya makhluk yang Taat kepada Allah, yang tak pernah melakukan Dosa, sedangkan engkau bumi terdapat banyak makhluk yang berdosa"
Jawab Bumi, "walaupun kami terdapat orang berdosa, tapi Kami ada Rasulallah"
Maka Sedihlah Langit, maka Allah muliakan langit dengan peristiwa Mikraj, diangkatnya Rasulullah melihat kebesaran Allah dilangit. maka redha la kesedihan Langit.

Kata Ulama' langit lebih mulia dari bumi, tapi tempat bersemadi Jasad Rasulullah, lebih mulia dari 7lapis langit.
Allah wujud tidak bertempat, jangan sampai ada yang tersimpan dalam benak akalnya mengatakan Allah dilangit. Tolak siap siap Fahaman Wahabiyin salafiyyin.

Mohon kerajaan atau Pembangkang usulkan Cuti dihari isnin dan Jumaat diparlimen gantikan ahad dan sabtu. 
Salam Isnin Ummat Rasulullah..

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan