share dari link fb ~ 1001 Idea Masakan & Makanan
SOTONG MASAK CILI KERING
Bahan-bahan :
Sotong (500gm) -dicuci dan dipotong
5 tangkai cili kering-dipotong
1/2 inci halia-dihiris nipis
3 ulas bawang putih-diketuk
2 ulas bawang merah-dimayang
1 labu bawang besar-di hiris kasar
2 sudu besar sos tiram
sedikit kicap manis dan masin
sayuran(lobak, kacang buncis)
Cara-cara :
-panaskan minyak dan goreng cili kering sampai garing.
-Masukkan halia dan bawang putih.tumis hingga naik bau.masukkan bawang merah.tumis garing.
-kemudian, masukkan sotong. setelah separuh masak, masuk sos tiram dan sos lada hitam dan juga kicap manis dan masin.(secukup rasa)
-Bila kuah dah agak pekat, masukkan bawang besar dan sayuran, biarkan layu seketika.
-rasa masin dan manisnya.
-sedia dihidang.
selamat mencuba.
Blog
saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan