Ahad, 12 Januari 2014

Jommm Selawat

share dari link fb ~ Khazinatul Asrar Hidayah
 
Nabi shallallahualahiwasalam sentiasa menangis memikirkan akan dosa yang dilakukan oleh umatnya.Sehinggakan Nabi sentiasa menangis ,sentiasa menangis,sentiasa menangis.

Pernah satu ketika Malaikat Jibrail datang kepada Nabi lalu Malaikat Jibrail bertanyakan;``Ya Muhammad,apakah yang menyebabkan engkau menangis?``Rasulullah mengatakan,’’Aku terkenangkan kepada umatku.’’Lalu Malaikat Jibrail bertanya lagi,``Apakah yang menyebabkan engkau terkenang kepada umatmu?``Kata Rasulullah,``Aku teringatkan umatku yang melakukan dosa,dan aku bimbang apabila dia bertaubat,ALLAH tidak menerimanya.’’

Umat Nabi Muhammad jika bertaubat kepada ALLAH,serta-merta ALLAH menerima taubatnya kerana Baginda shallallahualahiwasalam.ALLAH berkata,``Ya Muhammad,apabila umatmu melakukan dosa,dia bertaubat serta-merta Aku ampunkan dosanya.Aku akan lupakan segala dosanya keranamu wahai Muhammad.’’

Kerana Baginda,Rasulillah shallallahualahiwasalam.Inilah kasih sayang ALLAH,bahkan Nabi sentiasa doa untuk kita,sentiasa mengingatkan kita ,sentiasa memohon kepada ALLAH SWT.

Di negeri akhirat nanti,Nabi siapakah yang mengingati akan umatnya???
Ketika itu Rasulullah shallallahualahiwasalam sahajalah yang mengingati,’’ummati..ummati.’

Nabi-nabi lain mengatakan ,’’Nafsi..nafsi..’’Tetapi Nabi akan mengatakan,’’Ummati..ummati. ummati..’’.

Nabi Muhammad sujud kepada ALLAH Taala ,memohon agar ALLAH Taala memberikan perlindungan kepada umatnya.Nabi tidak akan angkat kepala sehingga ALLAH Taala memerintahkan ;

``Angkatlah kepalamu wahai Muhammad.Mintalah apa yang kau mahu minta.’’Lalu Nabi shallallahualahiwasalam meminta kepada ALLAH SWT agar umatnya mendapat syafaat.

:: Bicara Cinta Rasulullah, al Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal Bin Hamzah

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan