Selasa, 28 Januari 2014

Karipap rangup

share dari link fb ~Resepi masakan

Karipap rangup

Bahan-bahan (inti) – 45 biji
3-4 biji kentang bersaiz besar – di potong dadu
1sdb udang baring*
3 ulas bawang merah *
3ulas bawang putih *
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar cili kisar
1 kiub pati daging
1 cawan air
Garam dan gula

Bahan-bahan (doh)
300 g tepung gandum
2 sudu minyak masak
2 sudu mentega
Sedikit garam
1 cawan air sejuk

Cara-cara
1. Untuk inti – panaskan minyak dalam kuali.
Blander bawang merah bawang putih dan udang baring tumis atas dalam kuali tadi
2.Masukkan serbuk kari, cili kisar, pati daging Kacau sehingga sekata.sampai naik wangi
3. Masukkan air dan kentang.
4.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5.Masak kentang sehingga empuk.


1. Untuk doh – gaul tepung dalam mangkuk
bersama-sama minyak masak dan mentega yang telah dipanaskan dengan sudu.
2. Kemudian masukkan sedikit garam dan air sejuk. Uli sehingga menjadi doh.
3. Ambik sedikit doh dan canai/leperkan di atas permukaan yang bertepung.
4. Ambil doh yang siap dicanai dan masukkan inti.
5. Kelim di bahagian tepi. Saya guna pengepit karipap je, memang cepat tapi mudah
terbuka masa goreng.
6. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng karipap sehingga keperangan.
7. Siap untuk dihidangkan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan