share dari link fb ~ Pencinta Rasulullah(saw)
Kini umat Islam semakin pudar menyebut nama Rasulullah. Semakin kurangnya dan pudarnya menyebut nama Rasulullah, semakin luntur cinta kita kepada Rasulullah.
Hati ini adalah hati yg dimiliki oleh Allah dan Allah meminta kita mencintai kekasihnya Rasulullah SAW.
Cinta kita pada tempatnya akan memberikan ketenangan kepada kita.
Kalau nama Muhammad itu sudah menghuni didalam hati kita, pasti akan mudah untuk kita mengikuti Nabi Muhammad
SAW dan mendapat ketenangan.
“Barang sesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” (HR.
Muslim)
Selawat Allah kepada hambanya merupakan rahmat. Kata ulama, jika satu sahaja rahmat Allah yang diberikan pada
hambanya cukup memadai untuk seumur hidupnya.
Kenapa kita mesti sombong dan bakhil untuk menyebut berselawat nama Rasulullah??
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-
isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang
kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi
perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka
tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk
kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” [At-Taubah, 24]
Semakin banyak menyebut nama seseorang itu, semakin cinta pada orang itu. Banyakkan menyebut nama Nabi Muhammad
SAW.
Kalaulah hari ini kita cinta kepada Rasulullah, apa buktinya??? Apa yang kita lakukan???
Hari ini orang bercinta, tetapi bukan kerana Allah dan Rasul. Cintanya bukan kepada tempatnya dan akhirnya
membawa kepada kerosakan.
Hari ini masalah kerana cinta.
Kita letakkan balik cinta pada tempatnya kerana hari ini cinta telah disalah tempatkan. Di dalam tv, majalah dan
surat khabar hari-hari mengisahkan cerita cinta, tetapi cinta yang membawa kepada kerosakan dan kehancuran.
Cinta yang membawa kepada derhaka kepada kedua orang tua, lari dari rumah.
Cinta yang membawa kepada pembuangan anak, anak yang sepatutnya dikasihi lahir daripada rahimnya, dibunuh..
Kerana cinta pada hari ini, sanggup membunuh diri.
Cinta hari ini membawa kerosakan yang cukup parah. Kerana cinta kepada Allah itu sudah hilang dan cinta kepada
Rasulullah itu bukan pada tempatnya.
Kalau kamu benar-benar sayang kepada Rasulullah, ini cara ingatan kepada Rasulullah.
Dekatkan dirimu pada Saidina Muhammad dengan menyayangi keluarga Saidina Muhammad.
“Ya Allah, kami ingin mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW. Ya Allah, jangan Engkau haramkan kami dari
mendapat syafaatnya. Amin...”
- Al-Habib Naqjmuddin bin Othman Al-Khered
Tiada ulasan:
Catat Ulasan