✿¸.• •...• •.¸✿✿¸.•••.¸✿•.. •.¸✿ •.¸✿•.. •.¸✿
Ustaz cakap, jodoh itu hak Allah. Hak kita ialah meminta, berusaha dan bertawakkal. Tetapi hak Allah ialah sama ada mahu memberi jodoh itu atau tidak. Yang pasti, Allah akan memberikan yang terbaik, tidak kisah sama ada dengan menunaikan permintaan kita ataupun tidak. Apa hak kita nak komen jodoh orang lain?
Apabila sudah bertemu jodoh pula, kita tidak tahu usia jodoh itu sepanjang mana. Apakah sampai akhir hayat atau akan terputus di tengah jalan, sama ada secara hidup atau mati. Apa yang penting, kita jaga tanggungjawab kita masing-masing dan hargai satu sama lain selagi kita masih bersama.
Usia bukan kayu ukur kematangan dan kebahagiaan seseorang. Ada je pasangan muda yang bertahan sampai ke tua. Ada juga pasangan yang sama-sama matang tapi bertahan sekejap saja. Ada yang isterinya jauh lebih muda tapi benar2 mampu jadi sayap kanan suaminya. Ada juga yang suaminya jauh lebih muda daripada isterinya tapi benar2 dapat jadi suami yang dapat membentuk isteri dan keluarganya. Kalau kita jalani hidup dan jodoh kita dengan panduan yang Allah dan Rasulullah dah ajar, insyaAllah kita akan selamat.
Jadi, janganlah pandang serong kepada mereka yang masih belum bertemu teman hidup, ataupun kepada mereka yang jodohnya teruji dan terputus di tengah jalan, ataupun kepada mereka yang bertemu pasangan hidup yang jauh lebih muda daripada mereka. Kita cermin diri kita sendiri dulu. Sebab sampai bila2 pun dan hampir setiap masa, kita adalah orang2 yang kita sedang 'telitikan' itu.
✿¸.• • •.¸✿✿¸.• • •.¸✿✿¸.• • •.¸✿✿¸.••.¸✿✿.• •.¸✿✿¸.• •....• •.¸✿
blog saya
satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan