Kasih Ayah. Saat lafaz sakinah
aku mendekati abah yang termenung di tangga rumah. hajat di hati nak ajak abah makan. dari pagi sampai malam sibuk abah melayan tetamu sampai tak sempat isi perut sendiri.
“abah, umi panggil makan. nasi dah nak sejuk” kata aku berbasa basi.
abah senyap.
“dari pagi abah tak makan kan. umi dah panaskan lauk kenduri tadi. gulai kambing pun sempat umi simpan untuk abah. rugi tau tak makan” sambung aku lagi, memancing abah untuk makan. abah memang gemarkan daging kambing. manis katanya.
“macam mana agaknya along kamu ni ye, achik. dah kahwin dah pun dia.” sayu abah menuturkan.
“abah..” aku cuba mencelah
“dulu, abah ingat lagi. waktu along kamu 6 tahun. abah marah dia sebab belum pandai baca jawi. dan waktu tu kamu menangis sebab along kena kurung kat luar.ingat tak?” tanya abah.
aku mengangguk angguk senyum.
“abah bukan apa, bukan tak sayang, tapi sebab sayanglah abah buat macam tu. along kamu tu anak sulong. kena jadi contoh pada adik adik. kalau abah tak paksa dia baca jawi masa tu, abah takut dia tak pandai nak baca Quran nanti.”
aku mengangguk. setuju.
“waktu dia dapat matrik kat Perlis, berat abah nak lepaskan. dia perempuan. muda lagi pulak masa tu. sebab tu waktu dia habis matrik, abah pilihkan universiti dekat dekat untuk dia. bimbang, achik” sambung abah lagi.
“owh, sebab tu la along dok cerita kat achik, dulu dia cakap, nak masuk u pun, abah yang pilihkan” kata aku menyambut bual abah.
abah gelak.
“dia marah ke?” tanya abah.
“takde la, dia cuma cerita.” kata aku, senyum.
“bila dia dah habis belajar, tu ha dapat pulak kerja jauh. dua tiga kali juga abah fikir. tapi nak tak nak abah kena lepaskan, selebihnya abah tawakkal pada Allah. along tu perempuan, abah bimbang. tapi abah percaya yang dia boleh jaga diri” kata abah meluahkan.
berulang ulang kali abah cakap abah bimbang. fahamlah aku bahawa abah sangat sayangkan anak perempuannya.
“along dah jumpa jodoh dia. abah harap, si Hisyam tu dapat jaga along baik baik. 20 tahun lebih abah tatang along. makan pakai sakit semua terjaga. umi kamu tu ha bersekang mata bila anak anak demam. berat abah nak lepaskan, achik. tadi waktu lafaz akad, abah goncang tangan menantu abah nak bagitau yang sekarang tanggungjawab jaga along atas bahu dia. semua, dari hujung rambut sampai hujung kaki” bicara abah mula tersekat sekat.
” abah harap along taat pada suami sampai akhir hayat. jaga rumahtangga. dahulukan cinta Allah, inshaAllah semua bakal terjaga. lepas akad tadi abah jumpa menantu abah. abah peluk dia erat dan pesan;
“kau jaga anak aku elok elok.kalau tak, nahas!”
“serius abah pesan macam tu kat abang long?” aku terkejut.
“ish, tak de la, abah pesan dia elok elok, jaga along untuk abah. jangan sia siakan along. kalau ada masalah, duduk berbincang. kasih sayang, percaya, hormat, semaikan. jaga hubungan dengan Tuhan, dengan insan. akhir sekali abah bisik pada Hisyam.abah cakap;
”hisyam, hati perempuan ni lembut. maka tangani dengan kelembutan. banyakkan sabar, doa. perempuan ni makhluk istimewa yang Allah sangat sayang. maka jangan siakan” kata abah panjang lebar.
“ish abah ni, ingatkan abah gertak abang long betul betul tadi” aku menarik muka.
abah gelak dan kemudian kembali senyap.
” dah la tu mari makan” umi menyapa dari belakang.
abah senyum , aku pandang mata umi, bergenang.
Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan