share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah
[Bersama Al-Quran]
Ingin tahu sebanyak mana anda cintakan al-Quran?
Lihatlah berapa banyak masa yang anda khususkan dan utamakan untuknya. Bukan setakat mengambil lebihan masa dari masa yang ada. Tidaklah seseorang itu patut berkata, "seandainya ada masa baru dibaca".
Bacalah Al-Quran, dengan menghargainya sebagai kata-kata Allah s.w.t, yang diberikan kepada kita sebagai prakata sebelum kita berhadapan dengan-Nya nanti.
Ada orang yang sangat mencintai al-Quran, beliau bersungguh-sungguh membaca al-Quran. Beliau berkata tatkala membaca-Nya, "Inilah syurga ku di dunia".
Allah berikan kita deria, kelebihan aqal, malah memudahkan lagi Al-Quran untuk kita membaca/memahaminya/ menghafalnya. Ramai yang buta dan berpenyakit mampu membacanya. Maka apakah alasan yang tinggal untuk kita?
Sekiranya kita tidak mampu berkata, "Aku sudah cuba sebaik mungkin untuk belajar / membaca / memahami Al-Quran",
ingatlah Al-Quran mungkin akan menjadi hujah ke atas kita.
[Farhan Syah]
blog
saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan