Isnin, 11 Mac 2013

Kuih Lapis Seri Pelangi


share dari link fb ~Buku Resepi

Kuih Lapis Seri Pelangi
Oleh:Hazwani Abdul Halim
cc : www.facebook.com/bukuresepi 

2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
1 cwn gula halus (sy kurangkan jd 3/4 cwn)
200 ml santan pekat/santan kotak
1 sk garam halus
1 sk esen ros
4 cwn air
Pewarna secukupnya (pink,oren,kuning,hijau,biru,ungu)

1.Panaskan periuk kukusan.Sediakan loyang,sapu sedikit minyak dan alas loyang menggunakan plastik/cling wrap.
2.Satukan semua bahan bersama 2 cwn air,kecuali pewarna..Kacau sebati dan blend adunan tersebut.Tambah baki 2 cawan air,kacau rata dan tapis..
3.Bahagikan adunan kepada 7 bahagian,warnakan setiap bahagian dgn warna2 tersedia,tinggalkan 1 bahagian tidak berwarna.
4.Dimulakan dgn menuang lapisan pertama (warna putih).Kukus selama 5-7 minit.
5.Tuang lapisan seterusnya dan ulang kukus setiap lapisan selama 5-7 minit..
6.Untuk lapisan terakhir,tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung proses mengukus selama 20 minit.
7.Sejukkan sebelum dipotong.

Selamat mencuba! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan