Isnin, 11 Mac 2013

Puding Roti Pelangi


share dari link fb ~Resepi Bonda

Puding Roti Pelangi

Bahan-bahan :
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8g serbuk agar@sepeket (kat sini jual peket 10g)
1/2 cawan gula - boleh kurangkan
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air (cawan saya pun sama cam kakhana 230ml gak)
pewarna merah,kuning & hijau (terpulang masing)

Caranya :
Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cawan). Kemudian masukkan ke dalam periuk agar2 yang sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
Bahagi kepada 3. Masukkan warna pilihan dan kacau sebati (saya pun guna kaler merah, hijau, kuning sama ngan kakhana).
Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. Kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang ke atas warna hijau tadi. Biarkan puding gerak sendiri ke tepi, tak payah ratakan atau kacau. Kemudian ambil pula warna kuning, tuang di atas warna merah pula. Ulang dan ulang sampai abis. Ketika melapis/memarblekan hendaklah dengan cepat sebab puding/agar2 ni mudah sejuk/membeku.
Dah siap bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam. Enak dimakan ketika sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan