KISAH - BALASAN MEMPERMAINKAN SUNNAH DAN HADITH
Ibnu Khalikan meriwayatkan dalam al-Wafayat dan ibnu Katsir dalam al-Bidayah wa an-Nihayah, daripada tulisan Qutubuddin al-Yuniniy, "Telah sampai kepada kami cerita tentang seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Salamah dari daerah Busra yang berperangai keji dan gemar mempermainkan hadith"
Pada suatu hari dia telah mendengar tentang siwak (bersugi) dan kelebihan menggunakannya. Apabila mendengar perkara tersebut, dia berkata,
"Demi Allah ! bagiku siwak ini hanya layak digunakan ditempat keluar ini, " sambil menunjukkan bahagian punggungnya kemudian mengeluarkannya kembali.
Akibat dari perbuatan kejinya itu, dia telah merana selama 9 bulan mengadu sakit dalam perut dan bahagian dubur.
Setelah berlalu 9 bulan itu, dia telah melahirkan seekor binatang yang ganjil sifatnya, seperti seekor tikus. Tetapi binatang itu mempunyai kepala seperti kepala ikan dengan empat batang taring yang amat besar, ekor yang tajam, dan empat batang jari. Bahagian belakangnya pula seperti belakang arnab.
Sebaik sahaja keluar dari perut Abu Salamah, binatang itu terus menjerit sebanyak 3 kali sebelum dipukul oleh anak perempuannya dibahagian kepala hingga mati.
Abu Salamah hanya diberikan Allah umur selama dua hari selepas musibah itu berlaku ke atasnya. Sebelum matinya, dia sempat berkata haiwan ini telah pun membunuhku dan memakan ususku.
Peristiwa pelik itu turut disaksikan oleh ramai penduduk setempat dan para guru, sebahagiannya sempat menyaksikan haiwan itu semasa masih hidup dan sebahagiannya yang lain melihatnya selepas mati dibunuh.
Perkara seperti in ijuga pernah berlaku seperti yang diriwayatkan oleh Imam an-Nawawi dalam al-Bustan dengan sanad yang sahih daripada Zakaria as-Saji seperti berikut:
Terdapat seorang yang berakhlak buruk pernah mengejek para pelajar hadith dengan berkata,
"hati-hatilah kamu, jangan sampai terpijak sayap para Malaikat, nanti patah !"
Dia berniat dengan tindakannya ini semata-mata untuk mempermainkan hadith sahih yang diriwayatkan oleh ramai,yang bermaksud:
'Sesiapa yang pergi menuntut ilmu nescaya Allah akan melorongkan laluan yang mudah untuknya ke Syurga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap mereka kepada para penuntut ilmu'
(Riwayat Ahmad (no 18577), Riwayat Tarmizi (no 2898), Riwayat Abu Daud (no 3643), Riwayat Ibnu Majah (no 228))
Akibatnya tidak semena-mena beliau menjadi kaku dan tersembam jatuh ditempat ia berdiri.
Peristiwa yang hampir sama juga berlaku dalam sebuah riwayat oleh Abu Daud yang menceritakan perangai seorang pelajar yang mempertikaikan sabda Nabi Muhammad S.A.W menerusi hadith tersebut. Dia memasang paku dibahagian bawah kasutnya dengan tujuan menyakiti malaikat dengan berkata,
"Aku ingin malaikat merasai sakit dengan paku ini".
Perkara ini telah menyebabkan kakinya diserang kulat yang dasyat. Manakala dalam riwayat lain yang berbeza, dia telah menjadi lumpuh pada keseluruhan kaki dan tangannya.
PENGAJARAN:
1) Sunnah merupakan peninggalan yang amat berharga daripada Rasulullah S.A.W. Namun, ramai yang acuh tidak acuh malah ada yang MENGHINANYA. Semoga kidah ini dapat memberikan keinsafan kepada diri kita dan mereka.
2) Setiap zaman pasti ada golongan yang mahu MEMPERLEKEHKAN SUNNAH Baginda. Umat Islam perlu bangkit dan bersatu mempertahankan sunnah Baginda dengan apa juga entuk yang difikirkan wajar.
3) Menjaga Sunnah juga bukan bermaksud sekadar mengamalkan secara zahir seperti cara makan dan berpakaian. Namun perjuangan Baginda dalam menyebarkan risalah Islam juga perlu diteruskan.
Sebarkan sahabat..Jazakallahu Khairan Kathira
Tiada ulasan:
Catat Ulasan