Rabu, 28 Januari 2015

KEPADA APA HATI PATUT TERPESONA

share dari link fb ~ Ustaz Iqbal Zain

KEPADA APA HATI PATUT TERPESONA

al-Habib Omar hafizhahullah berkata;

Kita perlu menjelaskan kepada mereka yang berhampiran dengan kita mengenai kaedah-kaedah dalam terpesona dan mengagumi banyak perkara, diantara perkara-perkara ini ialah rasa kagum dan terpesona kepada perkara – perkara kemewahan dan zahir sesuatu perkara itu atau yang dinamakan kadang-kadang sebagai kecanggihan, perkara ini kadang-kadang mengisi tempat atau kedudukan di dalam hati lantas tercetus rasa kagum dengannya, maka jadilah perkara itu punca kelewatan atau halangan kepada kita di dalam berdakwah.

Sebagai contoh : rasa kagum kerana seseorang itu memegang sesuatu sijil pelajaran tinggi atau orang ini ada hubungan dengan sesuatu negara atau ada hubungan dengan sesuatu pihak atau dia itu dari negara berkenaan, perkara-perkara sebegini bukanlah tempat untuk diagungkan, pandangan syariat kita keagungan adalah berasaskan bertaqwa kepada Allah, barangsiapa yang bertaqwa dialah yang mulia. Maka wajib kita pasangkan perkara ini betul-betul pada diri kita dan sebarkannya kepada mereka yang dekat dengan kita.

Kemudian berkata Habib : " Oleh itu janganlah kita merasa kagum dan terpesona semata-mata dengan gambaran-gambaran keduniaan dan bentuk-bentuk zahir sebegini. Namun dari segi yang lain, perkara-perkara ini tidaklah pula menghalang untuk digunakan dengan apa yang mereka kagumi itu sekali-sekala, demi untuk menarik mereka kepada kebaikan.

Ianya bukan penghalang tetapi untuk diri kamu dan orang-orang disekelilingmu, bangunkanlah kaedah ini dan yang lebih tinggi dari itu ialah taqwa kepada Allah." (supaya kemodenan dan lain-lain digunakan atas dasar taqwa )

Kemudian selepas itu Habib berkata: "Kerana itu Nabi Muhammad SAW menerangkan tentang perkara ini sehingga baginda bersabda dalam sebuah Hadis : "Sesungguhnya kamu diberi kemenangan dan rezeki itu disebabkan orang-orang yang lemah diantara kamu ".

Ini secara zahirnya betul-betul terbalik! Demi Allah, cuba datangkan kepadaku pendapat-pendapat yang seperti dalam hadis ini pada zaman ini ! Datangkan kepadaku pemikiran-pemikiran mereka yang mengatakan: "Apa yang kita mahu dari orang-orang yang lemah?! Kami ada pemuda-pemuda yang kuat-kuat , terlatih , lepasan (dari sana dan sini) mereka miliki itu, ini, berpengalaman begitu dan begini……."

Sedangkan Nabi Muhammad SAW bersabda : 'Sesunguhnya kamu di beri kemenangan dan rezeki itu kerana orang-orang yang lemah (diantara kamu). Maka Nabi SAW telah mencungkil keluar perasaan kagum seperti ini dari para sahabat , dan Al Quran mendidik mereka sehingga Allah katakan kepada mereka (waktu ketika dihadirkan para Malaikat bersama mereka di perang Badar ) supaya jangan merasa kagum... bacalah firman yang Maha Tinggi ini : "Dan Allah tidak menjadikan bala-bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira (kemenangan) bagi kamu,dan agar tenteram hati-hati kamu kerananya. Dan tidaklah sesuatu kemenangan itu kecuali      (datangnya) dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (Al Imran: 126) .

Ini supaya jangan ada yang berkata " Kamilah ini atau bersama kami itu!" Hendaklah kamu sentiasa bersamaNYA kerana inilah hakikatnya (Dan tidaklah sesuatu kemenangan itu kecuali (datangnya ) dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ).

Taujih al-Nabih : 211 – 214.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan