Rabu, 28 Januari 2015

Madu vs Batuk : Biar betul?

share dari link fb ~Tanyalah Dietitian

Madu vs Batuk : Biar betul?

Dari Mayo Clinic.

Dalam satu kajian, 2 sudu teh madu (10ml) diberikan kepada kanak-kanak berusia dua tahun dan ke atas yang mengalami masalah jangkitan saluran pernafasan. Madu diberikan sebelum mereka tidur. 

Dapatan daripada kajian adalah;
[1] madu mengurangkan batuk pada waktu malam.
[2] madu membantu mereka tidur nyenyak
[3] madu berkesan sebagai penahan batuk sama seperti dextromethorphan iaitu bahan di dalam ubat batuk biasa. 

Namun begitu, ada risiko berlaku keracunan botulism akibat madu kepada bayi. Elakkan memberikan madu kepada bayi berusia 1 tahun ke bawah. Berikan susu ibu sepenuhnya. Mak minumlah madu, dan sampaikan khasiatnya melalui susu yang sangat bernilai itu.

Kannn?

Teringat saya kepada dialog Ustaz Furqan.

"Adik batukkah?, tanya saya.
"Taklah Ummi, adikkan dah minum maduuuuu!"
"Siapa beri sembuh adik?"tanya saya lagi.
"Allahhhhhhhhh"

Alhamdulillah. 

Kakak santek is more than happy! 
smile emoticon

Rujukan : 
[1] Paul IM, et al. Effect of honey, dextromethorphan, and no treatment on nocturnal cough and sleep qulaity of coughing children and their parents. Pediatrics and Adolescent Medicine, 2007:161:1140. 
[2] Chang AB. Cough, Pediatric Clinics of North America 2009,56:19.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan