Selasa, 13 Januari 2015

Resepi Kuih Loyang Berempah

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

Resepi Kuih Loyang Berempah

Bahan-bahan

1 kg Tepung beras
3 biji telur (gred B, jika guna telur gred A, 2 biji sahaja)
5 cawan santan
20 g/ 2 sudu besar serbuk cili
100 g udang kering (dikisar kering)
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar besar jintan manis (ditumbuk)
1/2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar tepung jagung

Cara membuatnya

1. Pukul telur dan gula
2. Masukkan tepung beras , serbuk cili , udang kering, jintan putih ,jintan manis dan tepung jagung

3. Gaulkan semua bahan tadi dengan santan sehingga sebati.

4. Masukkan gula dan garam. Gaul sehingga betul-betul sebati.

5. Alatan yang diperlukan untuk menggoreng adalah acuan kuih loyang dan kuih loyang/kuih ros digoreng menggunakan minyak yang banyak ( deep fried).

6.Celup acuan ke dalam bancuhan tepung

7. Masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Goyang sedikit acuan untuk mengeluarkan tepung kuih ke minyak.

8. Alihkan kuih sejurus selepas ia timbul di permukaan minyak.

9. Angkat dan toskan minyak. Sebaiknya letak kuih dalam penapis atau jaring untuk memastikan minyak ditoskan secara maksima.

10. Sedia dihidang.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan