Isnin, 26 Januari 2015

Nilai Ringgit Makin Menyusut - Ini 40 Cara Selamatkan Wang Anda Di Tahun 2015!

share dari link fb ~My Kewangan

Nilai Ringgit Makin Menyusut - Ini 40 Cara Selamatkan Wang Anda Di Tahun 2015!


Ramai kini yang mula gusar bila melihat nilai ringgit yang makin menjunam jatuh berbanding US Dollar. Yang paling terkesan adalah mereka yang menjalankan urus niaga mengimport barang dari luar negara kerana nisbah keuntungan yang makin berkurang.


Secara tidak langsung para pengguna juga pasti terasa tempiasnya apabila harga barang dinaikkan oleh peniaga meski pun hakikatnya harga minyak kini menurun.

Hari ini kami ingin kongsikan 40 cara untuk selamatkan wang anda di tahun 2015 yang agak mencabar ini. Tips ini telah dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang kini juga merupakan seorang penulis buku Mudahnya Beli Rumah.
Kita ikut tips beliau di bawah.

SELAMATKAN WANG ANDA

Lantaklah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah:

1. Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih (jadi ejen perniagaan dan lain-lain)
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung
6. Patahkan kad kredit jadi 2 bahagian!
7. Kurang bercakap di handphone, main whatsapp je
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9. Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall
18. Berhenti merokok
19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
20. Makanan bukan untuk dicuba
21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan
23. Sediakan dana pelaburan (amanah saham dll)
24. Jangan mudah putus asa
25. Jangan 100% salahkan Jibby & Kakmah bila kita susah
26. Barang terpakai bukan dosa
27. Beli Baju di Mydin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Jangan jadi hamba faredadee
30. Jangan jadi hamba honda city
31. Guna moto itu ranggi
32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
33. Lupakan impian tambah Nelopah
35. Kereta kecil tetap bergaya
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.
38. Mesyuarat keluarga tentang belanja
39. Kurangkan tengok drama orang kaya kaya
40. Didik nafsu

Siapa yang boleh kawal nafsu, ia boleh kawal dunia. Bersedialah untuk tahun 2015. Wallahu A’llam

Credit: Azizul Azli Ahmad ( My Kewangan dah ubah sikit)

Bersediakah anda? Tepuk dada tanya poket. Jika poket masih diam tak berbunyi (atau berbunyi duit syiling), bolehlah mula ikut satu persatu senarai di atas

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan