Isnin, 26 Januari 2015

SOTONG PAPRIK...

share dari link fb ~ Masakkan Orang Kampung

SOTONG PAPRIK...
=================
Share Supaya Tak Hilang.
Komen sebelum share " Saya Share"

Bahan-bahan :-

8 ekor sotong - bersihkan dan potong
3 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 batang serai - dihiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - diketuk
1 biji cili merah- dihiris menyerong
1 biji tomato - dihiris panjang
1/2 biji cili benggala - dihiris menyerong
Sedikit bunga kobis, kacang panjang, lobak merah, putik jagung
(semua sayuran ini dipotong ikut suka)
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan atau sos sotong
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara Memasak :-

Panaskan minyak. Tumis bawang bawang putih dan cili padi. Kacau sekejap.

Masukkan cili kering kisar dan kacau sehingga garing sedikit.

Kemudiah baru dimasukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan atau sos sotong, dan sotong. 

Masukkan lebih kurang 1 cawan air dan biarkan kuah mendidih sekejap.

Selepas itu masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Masukkan lobak merah dulu, kemudian diikuti oleh sayur-sayuran lain.

Bila telah mendidih, masukkan hirisan bulat bawang besar, cili merah, cili bengggala, dan hirisan tomato. 

Rasa kuahnya, sekiranya perlu perisakan dengan gula dan garam. Kacau dan biarkan masak seketika.

Sebagai menu tambahan, goreng telur dadar...

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan