Isnin, 12 Januari 2015

KEROPOK LEKOR SIMPLE


share dari link fb ~Koleksi Resepi Simple

KEROPOK LEKOR SIMPLE

BAHAN-BAHAN

12 ekor ikan kembong @ selayang
½ cawan tepung sagu
Garam secukup rasa

CARA-CARA

1. Bersihkan ikan buang kulit dan ambil isinya sahaja.
2. Kisarkan isi ikan tadi sehingga lumat dan hancur.
3. Kemudian, masukkan isi ikan yang telah dikisar ke dalam besen dan campurkan garam serta tepung sagu.
4. Uli sehingga semua bahan tersebut sebati.
5. Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi gentelkannya secara memanjang.
6. Dalam periuk, rebus air sehingga mendidih. Kemudian masukkan keropok yang telah digentel tadi. 
7. Bila keropok timbul menandakan bahawa ia telah masak dan bolehlah ditutup api.
8. Angkat keropok tadi dan toskan.
9. Boleh makan begitu sahaja atau goreng ... 
SELAMAT MENCUBA & TAG RAKAN ANDA
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan