Isnin, 24 Mac 2014

4 golongan Lelaki yang di tarik oleh wanita ke jurang neraka!

share dari link fb ~Honey Moon
4 golongan Lelaki yang di tarik oleh wanita ke jurang neraka!

Seorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik 4 golongan lelaki bersama-samanya ke dalam neraka. Na'uzubillah, suatu kenyataan yang sangat menarik tetapi bukan untuk memperkecilkan kaum wanita sebaliknya, sebagai ingatan kepada kaum lelaki supaya memainkan perananya dengan hak secara saksama kepada golongan wanita. 4 golongan itu adalah

Golongan Pertama: Ayahnya

Apabila si ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuanya semasa di dunia. Dia tidak memberikan pendidikan agama seperti mengajar anak-anak perempuanya solat, membaca al-quran dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuanya tidak menutup aurat, sebaliknya melimpahakan anak-anak perempuanya dengan kemewahan semata-mata.

Golongan Kedua: Suaminya

Apabila suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim seperti tidak menegur isterinya yang tidak mendirikan solat, tidak berpuasa, dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam neraka di akhirat kelak.

Golongan Ketiga: Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong daripada ajaran Islam, tunggulah tarikan adik perempuanya di akhirat.

Golongan Keempat: Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya mengenai kelakuannya yang menyimpang daripada ajaran Islam, menghalang ibunya daripada membuat pekara-pekara mungkar.

Demikianlah hebatnya tarikan wanita kepada golongan lelaki bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga. Wahai wanita, kasihanilah ayahndamu, suamimu, kekanda-kekandamu, serta putera-puteramu. Kasihanilah dirimu sendiri. Semoga kita semua terselamat daripada ditarik dan tetarik ke dalam neraka Allah. Insha-Allah...

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan