Sabtu, 15 Mac 2014

[JANGAN BERSEDIH, TERSENYUMLAH DALAM KEHIDUPAN]

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah


[JANGAN BERSEDIH, TERSENYUMLAH DALAM KEHIDUPAN]

Senyuman bermanfaat bagi orang yang melakukannya. Senyuman dapat membahagiakan jiwa dan menyebarkan kebahagian kepada orang lain. 

BETAPA KITA AMAT MEMERLUKAN SENYUMAN, WAJAH BERSERI-SERI, BERLAPANG DADA, BERAKHLAK MULIA, DERMAWAN, TENANG DAN SANTUN.

Wahai saudaraku,jangan jauhi kemuliaan senyuman dalam diri anda, raihlah ia, kiranya anda akan bahagia dan membahagiakan orang lain.

Hayatilah ungkapan indah syair di bawah ini:

Dia berkata: "Langit berduka dan bermuka masam"

Aku berkata: "Tersenyumlah, cukuplah langit yang bermuka masam."

Dia berkata: "Kerinduan telah berpaling."

Aku berkata: "Tersenyumlah, kerana kerinduan yang telah berlalu tidak akan kembali."

Maka bagaimana AKU mampu TERSENYUM?

Aku berkata: "Tersenyumlah, bergembiralah!"

Bila kamu mengingatnya terus, maka kamu akan menghabiskan semua umur kamu dengan rasa sakit.

Dia berkata: "Malam-malamku telah menegukkan kepahitan."

Aku berkata: "Tersenyumlah walaupun kamu harus meneguk kepahitan."

Dia berkata: " Keceriaan tidak selamanya bererti kebahagiaan, ia datang ke dunia dan pergi dengan terpaksa."

Aku berkata:" Tersenyumlah selama antara kamu dan kematian masih ada jarak, kerana setelah mati kamu tidak akan tersenyum lagi." 

[Mahmud al-Mishri,'Smile & Ejoy Your Life' ms:73]
 



blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan