Sabtu, 15 Mac 2014

AWAS! PERCAYA BOMOH, TUKANG TILIK BOLEH JEJASKAN AKIDAH

share dari link fb ~Perkongsian Ilmu
AWAS! PERCAYA BOMOH, TUKANG TILIK BOLEH JEJASKAN AKIDAH

Aisyah r.a. berkata,

Ada orang bertanya kepada Rasulullah saw berkenaan bomoh. 

Baginda saw menjawab: "Mereka tidak mampu buat apa-apa pun"

Sahabat Baginda saw berkata: "Wahai utusan Allah, tetapi kadang-kadang mereka beritahu sesuatu kepada kami dan ia benar-benar berlaku.."

Rasulullah saw bersabda:

"Itulah perkataan benar yang dicuri oleh jin, dibisikkannya pada telinga bomoh itu, dan mereka menokok tambah dengan 100 dusta.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan Imam Bukhari, Aisyah r.a. berkata, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Malaikat turun ke awan dan menyebut keputusan yang dibuat di langit. Syaitan mencuri dengar dan memberitahu kepada bomoh. Bomoh itu pun menipu dengan menokok tambah sendiri pula dengan 100 dusta.”

Umat Islam ditegah berjumpa bomoh dan tukang tilik.

Malangnya perbuatan itu masih dilakukan sesetengah masyarakat untuk mendapat rawatan khususnya yang dikaitkan dengan sihir atau ilmu ghaib.

Adalah menyedihkan bagi umat Islam yang mengakui beriman kepada Allah SWT, mengakui kekuasaan-Nya, tetapi masih percaya kepada kemampuan manusia lain untuk mengetahui perkara yang tidak tercapai ilmunya oleh manusia.

Lebih mendukacitakan, disebabkan mempercayai kata-kata bomoh dan tukang tilik, berlaku pergaduhan serta salah faham yang akhirnya menyebabkan terputus persaudaraan.

Sedangkan sejauh mana kebenaran maklumat disampaikan tidak diketahui.

Disebabkan itu, manusia perlu kembali kepada ajaran agama yang melarang menemui bomoh atau tukang tilik kerana mempercayai apa dikatakan boleh menjurus kepada syirik, menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain.

Na'uzubillahi min zaalik...

Safiyyah binti Abu Ubaid berkata daripada sebahagian isteri Nabi Muhammad saw, Baginda bersabda:

“Sesiapa berjumpa dengan tukang tilik dan bertanya sesuatu kepadanya, kemudian percaya pula kepadanya, sembahyangnya tidak diterima selama 40 hari.”

(Riwayat Muslim)

Sudah tentu kita tidak mahu sembahyang yang dilaksanakan dengan niat kerana Allah SWT menjadi sia-sia.

Hanya sekali berjumpa bomoh, sembahyang 40 hari tidak diterima.

Ini satu kerugian besar dan umat Islam harus mengelak terjerumus dalam lembah kerugian.
-Ustaz Nasir

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan