::: Kepten Noruddin dan Orang buta dapat Mata :::
Pagi tadi saya menghantar anak ke sekolah, seperti biasa . Saya suka memantau cuaca di awal subuh dan awal pagi. Indah sebenarnya ciptaan Allah dengan ketenangan , kemakmuran , kedamaian , kebahagiaan dan macam-macam lagi perasaan yang dapat saya rasai.
Setelah beberapa minggu ruang udara sekitaran saya (tempat lain saya tidak pasti) di selaputi oleh jerebu.
Pandangan selalunya berkabus,
Cara penafasan terasa tidak selesa ,
Badan terasa bahang kepanasan,
Hidung terasa tersumbat
Gejala jerebu dan kebakaran di sana sini.
Logik akal ....
Segalanya akan selesai apabila 'turunnya hujan' !
Masalah jerebu selesai,
Kurangnya takungan air di selangor pun selesai
Logik akal.
Pagi ini ,
Saya amat terharu
Tanpa hujan walau setitik pun
Dikawasan subang dan shah alam
Tiba-tiba saya rasakan
Bagaikan orang buta dapat mata
Segalanya indah , cuaca yang cantik
Pemandangan sayup memandang
Jelas sejelas jelasnya
Matahari menyinar bagaikan tersenyum riang
Awan terserlah birunya
Allah Maha Besar
Allah Hu Akhbar
Maafkan diri ini Ya Allah kerana tersilap menafsir ujian yang kau beri dan ubatnya
Segalanya datang dari Mu
Ujian dan dugaan dari Mu
Ubat dan jawapan segala persoalan jugak dari Mu
Sebenarnya tanpa hujan walau setitik pun
Kau boleh selesaikan masalah jerebu ini
Hanya dengan kuasa Mu Ya Allah
Terasa tertampar diri ini pagi ini
Baru sedikit Dia tunjuk 'kuasa'Nya.
Maafkan diri ini Ya Allah
.
.
.
Breakfast sambil menonton MHI
Sekali lagi saya rasa tertampar dek
Kata-kata Kapten Norrudin
Insan yang terpilih untuk mengendalikan pesawat MH777 (yang dikatakan tercanggih sistemnya) untuk di bawa pulang ke Malaysia.
Saya tabik dengan ilmu dan pengalaman dalam career sebagai juruterbang.
Cara bicara beliau berbincang isu MH 370 bagaikan seorang ustaz dan digabungkan dengan ilmu kepakaran beliau.
Antara kata-kata beliau :
Apabila 'sains' telah tewas,
Tiada jawapan ditemui
Segala teknikal tiada cacat celanya
Kembalilah kepada Allah swt
Dia yang mencipta
Dia yang mengatur
Dia yang memberi ilmu sains itu
Sebenarnya Dia hendak menguji kita semua tentang 'kuasa' yang ada dari Pentadbir Sekelian Alam
Hanya Dia yang boleh membuka 'hijab' dikala manusia semua dalam kekalutan dan bangga dengan sains dan segala peralatan yang 'canggih' dan terkini.
Di akhir temu bual tersebut beliau berpesan:
BERDOALAH
MEMINTALAH
MERAYULAH
Dia yang akan 'membantu'
Jika kita 'mohon bantuan'
Allah Hu Akhbar
Allah Hu Akhbar
Allah Hu Akhbar
#irsofian

blog saya
satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan