Rabu, 19 Mac 2014

Rendang Daging

share dari link fb ~1001 Idea Masakan & Makanan

Rendang Daging
Rujukan: Dapur Mas
Sumber : My Resepi (oleh Melati)

Bahan:
1kg daging - dipotong kecil
2 peket kecil rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa - ambil santannya
Garam secukup rasa
Gula melaka @ gula - saya guna brown sugar
Sedikit air asam jawa

Bahan kisar:
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1 1/2 cm halia
1-1 1/2 cm lengkuas
15-20 biji cili kering

Bahan di Mayang:
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara:
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan rempah kurma.
Tumis lagi hingga berbau.
Masukkan daging , kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Masukkan santan. Bila agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Bila daging dah betul-betulembut, masukkan kerisik dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan daun yang di mayang, biar hingga kuah pekat dan kacau selalu.

Perhatian : Masak hendaklah dengan api perlahan

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan