share dari link fb ~Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour
RE UPLOAD
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din menceritakan kepada kami tentang kaifiyat (kelebihan) doa ini. Bacakan 3 kali setiap kali sebelum memulakan sebarang perjalanan. Jika dalam waktu membaca itu ada gangguan yg membuatkan kita berhenti membaca seperti deringan telefon, orang memanggil kita atau apa sahaja, diisyaratkan kepada kita bahawa sebaiknya menangguhkan sebentar perjalanan kita itu. Tunggu sehingga 5 minit, bacakan sekali lagi, dan jika tiada halangan, teruskan perjalanan. Sekiranya masih lagi terganggu, tangguh terus perjalanan kerana boleh jadi akan ada halangan diperjalanan. Wallahua'lam - Admin
*Doa ini boleh dibaca setiap waktu, selepas solat, mohon dihindarkan segala bentuk musibah/bencana kepada diri & keluarga.
Program Cuti Sekolah bersama Ustaz Don Daniyal! Klik di sini >>
share dari link fb ~ Pencinta Rasulullah(saw)
Tuan Guru Dato Harun Din ~Masjid Bukit Jelutung.
Dengan khendak dan Iradah dari Allah, kita sedang ditimpa musibah, Malaysia berada didalam Musibah.
Bukan satu, bukan dua, belum Habis masaalah air, tak selesai masaalah air, bencana pula datang, tak selesai masaalah jerebu, MH370 pula hilang.
Bukan hanya Malaysia yang merasakan, dunia tumpang merasai.
39 negara berasa utk membantu Maaysia, menghantar kapal kapal canggih utk mencari mh307
Pesawat ini berada dlm keadaan Baik waktu permualaan terbang.
Tiba tiba berlaku saja, tanpa ada isyarat kemalangan, ada suara kegawatan, tanpa isyarat terputus connection dengan semua pangkalan.
Semuanya hilang dalam sekelip mata. Tidak ada petanda ianya bermasaalah.
Ianya hilang dimana?
Semuanya setuju hilang diudara, ada benda yang terjatuh? Tidak ada..
Cari didalam air atas air, semuanya tiada.
Kita semua kena ambil iktibar,
Adakah sesuatu yang buruk, rugikan manusia, menyakitkan manusia, yang Allah khendaki atau Allah hendak bagi petunjuk kepada manusia.
Kita Hidup dalam kecanggihan ilmu, peralatan dan kecanggihan dunia fizik, tak pernah sains nak iktiraf, adakah dunia metafizik, luar pertimbangan akal itu ada. Selain dari alam manusia.
Mh307 dilengkapi 5unit radio.
8 sistem untuk berhubung, terima akal kah, kelapan lapan ini, terputus dari udara kawalan...
Inilah realiti yg sains moden mengatakan, tak boleh berlaku, mustahil boleh berlaku, bukan saja putus dengan klia, tapi terputus dengan semua tempat perhubungan.
Mana hilang MH370 ini!?
57 biji kapal, kapal terbang 88 buah, sudah 2200 nortika batu dicari tetap tak jumpa.
Separuh dunia ini mereka cari, tetap tak jumpa walau sekecil petunjuk mana pun, tetap tidak kelihatan.
Kini hari ketujuh, 7hari dgn peralatan tetap tak jumpa walau ke dasar laut.
Apa pengajaran. ..?
tentu Allah takkan jadikan ini kecuali pasti ada hikmah, ini semua kerja Allah swt. Allah buat ini semua bersebab, ambil iktibarlah wahai orang orang yg diberi penglihatan Mata Hati.
Yang ikuti misi ini, kebanyakkan orang yang tidak beriman kepada Allah, yang mereka yakini kuasa hanya kuasa mereka, melainkan seperti brunei, Malaysia dan beberapa negara Islam lain.
Apa sahaja musibah, yang Allah kenakan kepada manusia, itu adalah angkara perbuatan tangan manusia yang mengundang kemurkaan Allah.
Allah hendak tunjuk kebesaran Allah, tidak semua yang manusia buat Allah akan balas terus, Ini memang boleh ambil iktibar dari orang yang mempunyai mata hati.
Masaalah besar manusia bukan masaalah mata zahir ini yang buta, ini kecil, masaalah besar manusia adalah buta mata hati yg ada didalam dadanya.
Ini petanda kemurkaan Allah swt.
Ini boleh mengambil pengajaran bagi orang yang takut dan beriman kpd Allah.
Ats itulah kena ingat apa saja nikmat, yg telah insan terima, yg telah sampai kpd kita, sekecil kecil nikmat. Sampai ke besar besar nikmat, itu anugerah Allah swt.
Yg berlaku musibah yg tak baik, itu atas kesalahan manusia yang tak mahu ikut suruhan Allah.
Dan kamu tak berdaya utk menolak azab Allah. Walau mcm mana pun, sehebat mcm mana pun, kita xboleh menahan bala Allah..
Tidak ada kuasa sesiapa pun makhluk Allah yang boleh menolong orang yang ditimpa bala Allah.
Bila bala ini berlaku, cuba kita ingat balik, bila berlaku kekurangan air, dari atas semua sampai kebawah, ingatlah Allah, mintalah pertolongan Allah,
adakah ikhtihar yang ada melainkan dengan meminta pertolongan Allah.
Bukannya Setelah merasa penat mencari, tak ada petanda, barulah nk minta kpd Allah.
Ada alam jin, alam akal, alam barzah, alam malakul, Alam kubur, alam ghaib, semuanya Dikawal oleh Allah, Begitu luas ilmu allah, kayanya Allah, hebatnya Allah.
Dalam hidup yang sementara ini, Kita tak boleh lepaskan diri daripada ketentuan Allah.
Bertawakalah kepada Allah yang hidup dan tak akan mati selama lamanya.
Kita milik allah, dan kepada Allah kita akan kembali.
Berlakunya musibah ini, bukannya Allah hendak hantarkan kesusahan kepada manusia, tapi Allah nak tunjukkan kepada manusia, beri hidayah kepada manusia agar manusia kembali kepada Allah swt.
blog saya
satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan