Selasa, 4 Mac 2014

Siakap tiga rasa

share dari link fb ~Buku Resepi

Siakap tiga rasa
Oleh:Nurul Syahida Mohamed
Like: Buku Resepi

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
1 inci halia dihiris halus
3 biji bawang putih dihiris halus
4biji bawang merah dihiris halus
1/2 batang timun dipotong panjang
1/2 batang lobak merah dihiris memanjang
3 ulas nenas dipotong ikut ira
30g bunga kubos dipotong ikut bunga
5 batang jagung kecil dipotong panjang
5 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
5 biji cili padi dipotong dua
7 sudu besar minyak masak
7 sudu tepung jagung
Sedikit garam
Sedikit air

Cara penyediaan

1. Panaskan kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris sehingga naik bau.
2. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan sedikit air. Kacau sehingga hampir masak.
3. Kemudian masukkan timun, lobak merah, bunga kubis dan jagung kecil sehingga empuk.
4. Masukkan pula cili padi, nenas dan garam sehingga kuah tiga rasa masak.
5. Salut ikan siakap dengan tepung jagung, kemudiaan goreng sehingga kekuningan.
6. Hidang ikan di dalam pinggan dan tuangkan kuah di atas ikan siakap tersebut.


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan