share dari link fb ~1001 Idea Masakan & Makanan
PARU GORENG BEREMPAH
1 kg paru - direbus dengan sedikit garam, toskan dan dihiris nipis-nipis
sedikit cuka
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
Bahan Tumbuk:
1/2 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar biji jintan manis
1/2 sudu besar biji jintan putih
1/2 inci kunyit hidup
Bahan Kisar:
12 tangkai cili kering
3 tangkai cili merah
20 ulas bawang merah
Caranya:
Gaulkan paru yang dihiris nipis dengan bahan tumbuk dan sedikit garam. Perapkan dalam setengah jam. Goreng hingga garing.
Keluarkan minyak goreng, tinggalkan anggaran 1/2 cawan. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing, perisakan dengan garam, gula dan sedikit cuka.
Bila hampir kering masukkan paru, balik-balikkan hingga sebati. Hidangkan.
blog saya
satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan