Sabtu, 15 Mac 2014

Hadis yang menggembirakan Sayyidina Anas bin Malik...apakah hadis itu?


share dari link fb ~Khazinatul Asrar Hidayah
Sayyidina Anas Bin Malik sangat gembira mendengar satu hadis ini,hingga dikatakan seolah-olah tiada lagi yg menggembirakan hati Sayyidina Anas melainkan hadis ini. Apakah hadis itu?

Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah lalu berkata: ''Ya Rasulullah...bila berlakunya kiamat ?'' Lalu Nabi menjawab :''Apakah yg kamu sediakan untuk menghadapinya?'' Dia menjawab:''Wahai Rasulullah, aku tidak menyediakan untuk menghadapinya dengan banyak solat sunat dan tidak pula banyak puasa sunat ,melainkan sesungguhnya aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.''Lalu Rasulullah bersabda :'' Seseorang akan dikumpulkan dengan siapa yg dicintainya dan kamu akan dikumpulkan bersama siapa yg kamu cintai(ANTA MA'A MAN AHBABTA). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apakah yg Sayyidina Anas bin Malik dan sahabat2 lain sangat gembirakan? Kita lemah sekadar nak berharap dengan amalan kita,kita dapat bersama orang yg kita cinta.Tapi bila kita cinta seseorang, maka kita akan bersama dengan orang yg kita cintai itu (walau amal kurang). Dengan cinta itu, NA'AM! Itulah kegembiraan sahabat yg banyak amalan berbanding kita bahkan ada yg dijamin syurga. Kita apatah lagi harus bergembira dgn hadis ini.

Gambar ---> Ahlul Bait Nabi AL HABIB ALI AL JUFRY yg dikatakan oleh Us.Muhadir Hj Joll ,wajahnya separa persis datuknya Sayyidina Rasulullah Shallallahualahiwasalam. Sollu!



blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan