share dari link fb ~Darul Muhibbin
Kisah raja dan menterinya:Hikmah disebalik musibah
Kisah benar di sebuah kerajaan islam di benua Afrika terdapat seorang Raja yang suka memburu. Beliau mempunyai seorang menteri yg sgt rapat dgnnya. Setiap kali memburu, raja akan membawanya brsama. Menteri ini mempunyai kebiasaan yg mana jika mndengar sbarang musibah, bliau akn katakn 'al khair khiyaratullah' (ada kebaikn dn hkmah disbaliknya, pilihan Allah adalah terbaik).
Pd suatu hari, , si Raja membuat sedikit persediaan dengan mengasah alatan memburu..Tiba2 terpotong jarinya. Maka cacatlah ia akan satu jari itu. Sejurus itu, Raja dan menteri bersiap sedia untuk memburu. Dalam pada itu, si menteri kehairanan melihat keadaan jari Raja, lalu bertanyalah ia. Setelah Raja menceritakan keadaan sebenar. Si menteri mengatakan pasti ada kebaikan dan hikmah disebaliknya. Raja tiba2 menjadi murka setelah mendengar kata2 si menteri. Lalu si Raja memecat si menteri.
Si Raja masih gagah meneruskan pemburuan seorang diri sehingga hutan belantara diredah. Malangnya ditangkap oleh kaum asli kanibal(orang mkan orang) . Pada malamnya berkumpullah seluruh orang asli itu untuk melakukan upacara memakan si Raja. Kebiasaannya sebelum memasak manusia, tok batin iaitu ketua puak akan mengarahkan pengawai kesihatannya untuk memeriksa anggota manusia yang akan dimasak. Jika ada kecacatan, kepercayaan mereka bhwa manusia itu akan memberi kecelakaan kepada mereka. Si pengawai kesihatan melaksanakan tugasnya,dapati ia akan kecacatan jari pada si Raja. Maka takutlah seluruh orang asli. Segera dilepaskan kembali si Raja pulang.
Setelah itu, baru si Raja sedar akan kata2 si menteri. Pasti ada hikmah terputus jarinya. Si Raja pn trus mencari si menteri lalu menceritakan tentang kejadian dalam hutan. Lalu, si menteri pun berkata dia bersyukur dan mengatakan ada hikmah dia dipecat. Jika dia tdak dipecat, dia akn bersama raja mmburu dan sama2 ditangkap, pasti dia akan dimakan oleh orang asli kanibal sedang si Raja dibebaskan, kerana tiada kecacatan anggota pada si menteri itu.
# Kisah ini mmbawa pengajaran yg besar buat kita bhwa apa saja musibah yg mnimpa, kita hndaklah bersangka baik dgn Allah. Jgn skali2 brsangka buruk dgn-Nya. Allah yang Maha Perancang mempunyai pilihan terbaik utk hmba-Nya. Disebalik setiap kejadian musibah dan malapetaka, pasti ada hikmahnya samada ianya difahami oleh manusia ataupun tidak.
Diceritakan dalam syarah tasawuf oleh
Ustaz Iqbal bin zain aljauhari
blog saya
satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan