Disini saya lampirkan 5 buah resipi lengkap iaitu Mee Hokkien, Mee Bandung, Kuey Tiow Ladna, Kuey Tiow Kungfu dan Kuey Tiow Kantonis untuk dikongsikan bersama anda semua.Ikhlas daripada saya ( Chef Arm ).
* Mi Hokkien.
Bahan-bahan:
2 sudu besar Minyak masak
1 sudu besar Bawang putih cincang
200g Kubis, dipotong 1 cm
1 sudu besar Perencah pati Ayam
3 cawan Air
500g Mi Kuning
Sedikit Bawang goreng
1 sudu teh Tepung jagung, digaul dengan 1 sudu besar air
Bahan-bahan A:
100g Udang, dibersih dan dikupas kulit
100g Sotong, dibersih dan dipotong gelang
100g Filet ayam, dihiris
1 keping Kek ikan, dihiris
Bahan-bahan B (perencah):
1 sudu besar Kicap pekat
½ sudu teh Serbuk Lada Putih.
1 sudu teh Garam
Hidang bersama: Sambal belacan
Cara Menyediakan:
(1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan
air dan perencah pati ayam biar mereneh.
(2) Tambah masuk kubis dan mi kuning. Kacau sebati & reneh selama
beberapa minit.
(3) Masukkan bahan-bahan (A) bersama dengan bahan-bahan (B). Bubuh air tepung jagung.
(4) Hias dengan bawang goreng dan hidang panas dengan sambal belacan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* MEE BANDUNG
Bahan-bahan:
500g Mee kuning dicelur
200g Tulang lembu/ayam direbus (untuk jadikan stok)
100g Udang hidup/Sotong
100g Sawi
7 cawan Air
½ cawan Sos tomato
2 biji Telur
1 sudu besar Perencah pati ayam
Secukup Garam
Secukup Gula
Secukup Minyak untuk menumis
X: dikisar halus
½ cawan Udang kering
20 tangkai Cili kering
10 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
3 sudu besar Kacang goreng, dikisar
2 batang Serai, dititik
1 biji Keledek, direbus dan dikisar
Cara Menyediakan:
(1) Panaskan minyak, tumis (X) hingga wangi kecuali keledek.
(2) Masukkan air rebusan daging, udang dan biarkan mendidih.
(3) Tambahkan sos tomato, perencah pati ayam, garam dan gula serta keledek.
(4) Biarkan mendidih baru masukkan sawi dan telur.
(5) Hidangkan dengan mee kuning, hirisan cili merah, bawang goreng dan limau nipis.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* Kuey Tow Ladna.
Bahan-bahan : -
• Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap dengan kicap manis sebentar.Kemudian di goreng tanpa minyak .
• 15 ekor udang
• Isi ayam
• Daging
• 4 ulas bawang putih - di tumbuk
• 3 sudu makan sos tiram
• 2 sudu makan sos ikan
• 1 kiub pati ayam
• 5 biji cili api - ditumbuk
• sedikit lada hitam / putih - di tumbuk
• 1 biji Lobak Merah - dihiris
• seikat sawi - dipotong
• sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkn kuah
• Bawang goreng dan daun sup untuk hiasa.
Cara-cara
1. panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan naik bau..Kemudian masukkan ayam dan daging yg dipotong kecil.
2. Bila ayam & daging dah masak, masukkan sos tiram dan sos ikan... goreng seketika. Kemudian masukkan air.
3. masukkan kiub ayam dn biarkan mendidih seketika..kemudian masukan lobak merah terlebih dahulu.
4. masukkan udang, cili padi, sawi, lada hitam/putih tumbuk dan garam.
5. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
6. setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas
7. taburkan bawang goreng, daun sup dan limau nipis...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* Kuey Tiow Kungfu.
Bahan A
400 gm kuey teow
5 biji telur [ dipukul]
Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm Lobak merah [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam
minyak
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan goreng kuey tiow yang telah digaul bersama telur dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan lobak merah.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas kuey tiow dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* Kuey Tiow Kantonis.
• Bahan-bahan : -
1 pkt Kuey Tiow ( dicelur )
isi ayam,udang dan sotong ( terpulang nak banyak mana )
2 keping fish cake dipotong nipis
1/2 biji lobak merah dibelah dua dan ptg menyerong
2 tangkai sawi ( dipotong )
sedikit kobis ( dihiris halus )
3 biji telur dipukul
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tpg jagung dibancuh dgn skit air
1/2 sudu teh minyak bijan
2 ulas bawang putih dicincang
1500ml air
1 sudu teh lada sulah
• Cara Penyediaannya : -
1. Tumis bawang putih sampai garing.masukan air sebanyak 1500ml.
2. Masukan lobak merah,isi ayam,udang,sotong dan fish cake.biarkan sampai melegak.
3. bila dah melegak masukkan sos tiram,lada sulah,tpg jagung dan telur.
4. kacau perlahan-lahan supaya telur dan tpg tidak berketul-ketul.
5. masukan sayur sawi,kobis,minyak bijan,garam dan gula secukup rasa.
6. Letakkan kuey tiow atas pinggan dan curahkan kuahnya.
Gambar makanan di atas mgkin saya salah letak sebab saya pun tak pandai sgt dgn nama2 makanan di atas.... tapi resipi ni mmg saya share dari Chef Arm dari wall fb beliau...terima kasih Chef Arm.
blog saya
satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan