emas berwarna yang jatuh ke mataku
temaram apa singgah terus pada jantung
terlena aku di sisi pancaran cahaya
luruhnya menyimbah pada setiap rasa
wajahku
jadi kemilau dalam usap rindu
yang membara
akan kudaki gunung rindu ini
menghadiri tawajuh cintaMU
biar melelar kelupas kulitku
aku rela memerca dan berkecai
dalam sarat rinduMU
menyerbat serata
kuhirup wangi anugerahMU
kalau rebah aku menyungkur di kaki gunung ini
biarkan sahaja
rerumput menjalar di rerambutku
usap rindu ini tidak akan berkecai
terus tertujah hingga ke tumit
langkah tetap kuatur
kemuncaknya pasti kudiami
dalam bersila dalam baringku
kulumati lidah ini dengan zikir cintaMU
lejuh ke hati
aku tetap rinduMU
'Dyza Ainun'
temaram apa singgah terus pada jantung
terlena aku di sisi pancaran cahaya
luruhnya menyimbah pada setiap rasa
wajahku
jadi kemilau dalam usap rindu
yang membara
akan kudaki gunung rindu ini
menghadiri tawajuh cintaMU
biar melelar kelupas kulitku
aku rela memerca dan berkecai
dalam sarat rinduMU
menyerbat serata
kuhirup wangi anugerahMU
kalau rebah aku menyungkur di kaki gunung ini
biarkan sahaja
rerumput menjalar di rerambutku
usap rindu ini tidak akan berkecai
terus tertujah hingga ke tumit
langkah tetap kuatur
kemuncaknya pasti kudiami
dalam bersila dalam baringku
kulumati lidah ini dengan zikir cintaMU
lejuh ke hati
aku tetap rinduMU
'Dyza Ainun'
blog saya
satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan