Jumaat, 25 Januari 2013

AYAM GORENG BEREMPAH

share dari link bloghttp://qaseyhoney.blogspot.com/2013/01/ayam-goreng-berempah.html
AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan2
5 ketul peha ayam
2 sudu besar serbuk kari daging Babas
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
2 tangkai daun kari
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup2 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis biji
1/2 sudu kecil jintan putih biji

Caranya
1. Bersihkan ayam dan cucuk2 dengan garfu pada semua bahagian berdaging. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Gaul ayam tadi dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian campurkan serbuk kari, serbuk cili dan daun kari. Gaul sehingga rata.
3. Masukkan bahan2 kisar dan gaul rata. Masukkan perapan ayam tadi ke dalam mangkuk yang bertutup. Kemudian diperap hingga 2-3 jam atau semalaman.
4. Panaskan minyak untuk goreng terendam.
5. Sebelum mengoreng taburkan perapan ayam tadi dengan tepung gandum dan gaul rata2.
6. Kemudian goreng hingga keemasan dan ayam masak, gunakan api sederhana. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang bersama sos kegemaran atau dimakan begitu saje.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan