Isnin, 7 Januari 2013

Ikan siakap stim limau


share dari link fb ~Resepi Bonda
Ikan siakap stim limau

Bahan2:

* seekor ikan siakap (1 kilo lebih)

* 5 biji bawang putih dihiris

* 1 labu bawang besar di potong dadu

* 2 inci halia diketuk (hiris pun boleh)

* 6 batang serai dititik (dihiris pun boleh)

* 7 biji cili api dihiris (ikut tahap pedas yang anda suka)

* 2 biji tomato dipotong dadu

* 6 biji limau nipis (kalo nak masam lagi tambah 1 sudu cuka)

* garam dan gula secukup rase.

Cara2 memasak pula:


1.Panaskan periuk yang berisi air untuk stim. Kemudian letakkan ikan yang sudah diperap dengan garam dalam loyang atau pinggan yang melengkung.


2.Semua bahan2 tadi tabur pada ikan dan isikan sedikit air.Kalo nak banyak,letak air banyak.


3.Bila ikan sudah masak, perahkan asam limau tadi. Kemudian bolehlah dihidangkan ikut citarasa masing2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan