Rabu, 2 Januari 2013

Resipi Dorayaki


share dari link fb ~Buku Resepi

Resipi Dorayaki
Oleh: Puspa Wangi

Bahan-bahan:
( 10 biji )

100 tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60 gm gula halus
2 sudu besar madu(saya pakai madu kurma)
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
2 sudu sy apple cider vinegar (cuka kurma dan etc juga boleh)
Inti: kacang merah yg manis,kaya,jem buahan mengikut citarasa.

Cara membuat:

Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.(saya pakai plain water sahaja) Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).Letak inti.
Selamat mencuba! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan