Isnin, 14 Januari 2013

kosong

share dari link fb ~ RINDU DALAM SEPI
kosong

jarang sekali begini
sepi selalunya menghantarkan ilham
walau dalam kelam yang suram
atau dalam sunyi yang tenteram

kosong tanpa rasa
kenangan entah di mana singgahnya
rindu entah di mana hentiannya
ilham entah di dasar mana tenggelam

sesekali dirangkul kosong yang bisu
pada suara,pada rasa,juga pada jiwa
kaku jari jemari
beku cair nurani
tepu lincah naluri

apakah yang mengocak damai?
rindu siapakah yang akan membelai??
sayang siapakah yang bisa bertandang??
kasih bagaimanakah akan bertatih?

kosong dan lompong begini
biar saja mengajar hati
bahawa segala yang akan jelma nanti
telah kurelakan di hati

kosong dari gundah dan resah
kosong dari keluh kesah
kosong dari aneka kisah
sebenarnya tanpa duga
adalah juga hikmah
betapa segala yang datang
segala yang bertandang
setiap yang bertamu
adalah atas ihsanNya
adalah ketentuanNya

biarlah kosong sahaja begini
yang indah akan tiba jua nanti
kutunggu walau hanya dalam mimpi

(nurman ismail@muar@140113@12:58am)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan