Rabu, 23 Januari 2013

Kek Coklat Basah


share dari link fb ~ Izyan MasterChef

Kek Coklat Basah

Bahan-bahan

Bahan A :-
1 cwn air
1/2 cwn serbuk koko Van Houten
1/4 cwn gula pasir
Bahan B :-
250gm Buttercup
tepung kek + susu tepung = 2 cwn
5 biji telur ---> asingkan putih & kuning
3/4 cwn gula icing (gula castor pun boleh)
sedikit badam
sedikit esen vanilla & perisa rose
Hiasan : -
100 - 150 gm coklat masakan
sedikit minyak masak
sedikit badam / coklat @ colourful rice (pilihan)
Cara-cara

Bahan A : satukan dlm satu periuk. Masak ats api kecil @ sedehana. Pastikan ianya likat & sejukkan. Sambil2 tuh boleh lenserkan bekas acuan dan kertas minyak dengan merjerin. Ketepikan.
Asingkan putih & kuning telur. (Pastikan kuning telur tak termasuk dalam putih telur, walau sedikit. Nanti 'meringue' tak jadi. ) --->utk elak @ hilangkan hanyir putih telur, buangkan 'mata' yang terdapat dlm putih telur tu.
Pukul putih telur hingga kembang/menjadi putih, ketepikan.(guna mixer @ guna whisk pun ble). (kalau diterbalikkan, ia tak jatuh dr bekas,bermakna ia dah cukup kembang)
Masukkan butter,gula, esen vanilla & perisa rose ke dlm mixer. Putar hingga kembang.
Ketika mixer masih on, masukkan kuning telur sikit demi sedikit hingga hbs kedalam bahan2 tadi (step 4).
Kluarkan adunan tadi dr mixer...masukkan badam (kalau suka),gaul sebati.
Satukan Tepung Kek & Susu Tepung, ayak. Kemudian, masukkan tepung nie ke dalam bahan2 tadi yg diputar tadi berselang seli dengan Bahan A tadi.
Masukkan putih telur tadi, gaul hingga adunan semua sebati. Tuang dlm bekas acuan kek. Bakar hingga masak (30 - 40 minit). Sejukkan atas redai.
Hiasan : Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double boiler', masukkan sedikit minyak masak.(tuk bagi ia berkilat). Tuang coklat nie atas kek yg telah sejuk tadi. Boleh hiaskan dengan coklat @ colour rice @pun badam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan