share dari link fb ~Tinta Khalifah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sahabatfillah,
Pilihlah jalan yang satu, pasti akan damai hatimu...
Berfikir sejenak merenung jauh menenggelamkan diri dalam pandangan menembusi tembok bilik solat. Malam yang menimpa, duka yang lara. Jangan pernah berputus asa dari rahmatNya yang Maha Esa. Jangan pernah lupa bahawa ujian sebenarnya adalah nikmat dunia.
Benar. Bila engkau memandang segalanya dari Allah SWT,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu...
Pasti akan damailah hatimu kerana tidaklah Allah SWT sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu tetapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya
Ujian bukan dijadikan untuk kita lari darinya atau berpatah balik dari perjalanan kehidupan, namun ia dijadikan untuk kita menghadapi dan melepasinya.
Ini jalan kita.
Jalan yang bukan kita yang memilihnya, namun jalan yang telah dihamparkan oleh Allah kepada kita sejak ‘perjumpaan’ kita dengan Dia suatu masa dahulu. Sudah menjadi lumrah kehidupan (sunnatullah), bila kita di jalan ini, maka ujian dan halangan itu adalah wajib bagi kita.
Tidak sempurnalah perjalanan kita ini jika tidak diuji dan diduga. Sedangkan Rasulullah SAW diuji dengan amat hebat (diugut bunuh, dilempar batu, dipulau), inikan pula kita cuma manusia biasa.
Hebat sangatkah kita untuk tidak diuji ?
Mulia sangatkah kita untuk melalui jalan ini tanpa dicuit sedikit pun dengan telatah ujian dan dugaan ?
Maka, jika ada di antara kita yang sekarang ini diuji dengan apa jua ujian sekalipun, ingatlah, innallaha ma'ana. Allah bersama kita.
Hadapilah halangan itu dengan sebaiknya. Halangan itu antara tujuannya adalah untuk menjadikan diri kita lebih hebat. Andai seluruh dunia berpakat menjatuhkan kita, jika tanpa izin dari Allah, pakatan itu tidak akan ada kesannya buat kita. Bersabarlah wahai mujahid wa mujahidah...
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf: 108)
Tadahkan tanganmu, simpulkan doa padaNya.
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar segala keluh resahmu itu...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan