Ahad, 3 Mac 2013

Ketam Telur Masin


share dari link fb ~Buku Resepi

Ketam Telur Masin
Oleh:Sarina Seman
cc: www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan:
3 ekor ketam, cuci bersih dan potong dua, gaul dgn sedikit garam dan tepung jagung, goreng. Ketepikan.
4 biji telur masin, direbus dan ambil kuning sahaja
1 1/3 cawan susu cair
Setangkai daun kari
5 cili padi, potong 2
2 sudu besar mentega
Garam dan gula

Cara-cara:
- Kisar halus kuning telur dgn susu,
- panaskan mentega
- tumis daun kari dan cili hingga wangi. Masukkan bancuhan susu td.
- kacau terus, biar mereneh dan masukkan ketam.
- perasakan
- kacau terus hingga kuah pekat.
- sedia untuk dihidang.

selamat mencuba! :)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan