Petua Melayu Untuk Membersih Sarang Labah-Labah
a. Ada kepercayaan yang mengatakan bahawa sarang labah-labah di dalam rumah tidak boleh dibuang kerana dikatakan akan mengakibatkan kepapaan. Dipercayai juga, jika seseorang melihat atau didatangi labah-labah yang jumlah kakinya masih lengkap, orang itu dikatakan akan mendapat wang.
b. Namun sawang atau sarang labah-labah tidak disukai manusia. Sekiranya kita mahu mengelakkan labah-labah membina sarangnya lagi di rumah kita, ada petua yang dapat menghalau labah-labah. Pertama, bersihkan kawasan yang bersawang dan sarang labah-labah dengan menggunakan penyapu lidi. Penyapu lidi yang sudah dipenuhi sawang dan sarang tadi kemudian dicelupkan ke dalam minyak tanah. Penyapu yang sudah berminyak itu digunakan pula untuk mengelap kawasan sarang tadi. Dipercayai, labah-labah tidak akan lagi membuat sarang di situ.
c. Petua lain pula, ambil daun buluh Cina dan gunakannya untuk membersihkan sawang labah-labah. Kemudian, jemur daun yang sudah bersawang itu di tengah panas matahari. Dipercayai, labah-labah tidak akan berani membuat sarang di situ lagi seolah-olah terkena sumpahan.
d. Menurut orang tua-tua, sekiranya ada luka kecil, sarang labah-labah boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan.

maaf la, sye rasa kepercayaan pasal laba-laba ni termasuk dalam kepercayaan karut..
BalasPadam