Habib Umar berpesan tentang rasa cinta dan kasih yang wajib dipunyai oleh orang ² beriman.
Sifat orang beriman itu adalah saling kasih mengasihi dan saling tolong menolong.
Orang beriman mempunyai pelbagai kedudukan dan martabat di sisi Allah.
1. Para anbiya wal mursalin
Jika kita tidak cinta kepada mereka, boleh dijatuhkan hukum sebagai kufur.
2. Golongan Para muqarrabin( orang yang hampir kepada Allah ), Para siddiqin
Jika tidak sayang dan cinta kepada mereka boleh jatuh hukum sebagai munafiq.
3. Ahli keluarga Nabi ﷺ , Para Ahli Bait Fatimah,Ali, Hassan dan Hussien serta para Ummul mukminin isteri Nabi ﷺ
4. Para Sahabat Nabi ﷺ .
Habib Umar mengatakan... Nabi ﷺ berpesan, "bukan dari golongan kami orang yang tak hormat kepada orang tua, tak kasih kepada orang yang muda dan tak hormat kepada ulama' " Bukan dari golongan ahlissunnah orang yang hanya mengasihi sahabat tetapi membenci ahli bait. Atau mengasihi ahli bait tetapi mengutuk dan membenci sahabat.
Nabi ﷺ sering mengisytiharkan pujian Baginda ﷺ dan rasa cinta Baginda ﷺ kepada ahli bait dan sahabat baginda ﷺ, jadi siapa yang tak suka memuji mereka yang dipuji Rasulullah, mereka ini golongan daripada mana?
Punca kehinaan seseorang bermula apabila dia menghina kepada orang lain Atau memandang rendah kepada siapa ², orang mukmin meskipun seorang dari kalangan mereka. Walaupun seorang dari orang beriman, walaupun seorang dari orang beriman. Walaupun seorang dsri orang beriman,
Habib Umar pesan agar hadirin berusaha menghiasi diri dengan sifat orang-orang beriman, menegakkan kebaikan dan menolak keburukan, tidak membenci kepada mana-mana orang beriman, tidak merendahkan mana-mana orang beriman.
Semua itu adalah untuk mendapat kasih sayang Allah.
Kasih sayang Allah tidak terbanding dengan apa pun pemberian dari mana mana raja/penguasa di dunia ini.
Anugerah keredoan dan kasih sayang Allah itulah kejayaan yang besar.. Akhir ucapan dengan mendoakan semua kita diberikan kurniaan bersama dgn Rasulullah ﷺ dan dikurniakan sifat-sifat org beriman pada jiwa kita,dan dijadikan peribadi akhlak kita tarikan kepada orang lain mendapat hidayah dan cahaya Islam yang sebenarnya.
blog saya satu lagi
boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan