Ahad, 30 November 2014

Sunnah sebelum tidur

share dari link fb ~Klinik Rawatan Islam Nur Isyraq

Dari Ibnu Abbas R.A bahawa Nabi S.A.W yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakkan pada umatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". 
(Riwayat Baihaqi)

Antara Sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum tidur:

1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk.
Dari Jabir bin Abdullah, Beliau berkata:
“Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” 
(HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)

2. Solat Witir sebelum tidur.
Dari Abud Darda, ia berkata: “Kekasihku telah berwasiat kepadaku tiga hal. Hendaklah saya tidak pernah meninggalkan ketiga hal itu selama saya masih hidup: 
[1] menunaikan puasa selama tiga hari pada setiap bulan,
[2] mengerjakan solat Dhuha, dan 
[3] tidak tidur sebelum menunaikan solat Witir.”
[HR. Muslim, Abu Dawud, Turmuzi dan Nasa’i]
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan