Perkongsian ilmu bahagian DUA PULUH SATU.
========================== ==========
1. Orang yang mati & di dalam hatinya ada iman walaupun sebesar zarrah (semut yang kecil atau debu yang hanya boleh dilihat di bawah sinaran matahari), maka dia akan dimasukkan ke neraka terlebih dahulu. Kemudian akan dimasukkan ke dalam syurga buat selama-lamanya.
2. Munafiq akan diletakkan di dalam neraka yang paling bawah.
3. Mu'min yang kedudukannya lebih tinggi/baik daripada para malaikat ialah para Rasul & Nabi. Selain mereka ialah الصديقون iaitu orang-orang jujur lagi benar.
4. Kedudukan mengikut kemuliaan;
4.1: Para Rasul & Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang paling mulia.
4.2: Para Malaikat yang (الخواص) khas.
4.3: Manusia yang khas.
4.4: Para Malaikat yang (العوام) awam.
4.5: Manusia yang awam.
5. Empat jenis air sungai yang terdapat di dalam Syurga. Disebut di dalam surah محمد ayat 15 (m/s: 508). Iaitu;
5.1: Sungai dari Air.
5.2: Sungai dari Susu.
5.3: Sungai dari Arak.
5.4: Sungai dari Madu.
Subhana Allah .
6. Di akhirat kelak tiada yang dapat memberi manfaat termasuk harta & anak kecuali mereka yang datang bertemu Allah dengan membawa hati yang saliim (selamat dari berlaku syirik kepada-Nya). Jika hati bersih, maka semua anggota akan bersih.
7. Perkara penting yang difokuskan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم ialah بناء الرجال (pembinaan insani).
# Nota mafhum dari kuliah Habib Umar Benhafidz حفظه الله, Tarim Jun- Ogos 2014.
-------------------------- --------------------------
Terasa sayu di hati ini melihat foto ini. Semoga Allah panjangkan usia Habib Umar حفظه الله menyampaikan dakwah mengikut susur galur Datukandanya; Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, amin. Walaupun dicemuh & difitnah Habib tetap meneruskan dakwahnya dengan penuh mahabbah & adab yang tinggi. Hidupnya untuk dakwah Islamiyyah & matinya pun beliau mahu ketika menjalankan dakwah. Allahu akbar.
blog saya satu lagi
boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan