share dari link fb ~ Airmata Riz
Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh
Kudrat Iradat Allah Subhanahuwa Ta'ala
Minal Haq Allah Ta'ala
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
wanita solehah itu
tidak pernah gentar melawan nafsu
Nafsu yang terletak di hati ini adalah musuh yang tidak berhenti-henti digunakan oleh syaitan untuk merosakkan manusia secara halus, namun demikian tidaklah bererti nafsu itu tidak berguna langsung kepada kita..
nafsu adalah pemberian Allah SWT, ia merupakan pendorong yang menggalakkan kita berusaha sedaya mungkin untuk mencapai sesuatu matlamat, kita sebagai manusia berusaha sedaya mungkin untuk mencapai matlamat dengan dorongan nafsu itu, matlamat pula ada yang di redhai Allah dan ada yang tidak di redhai Allah SWT..
nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia, bila hati sudah ditawan, manusia bukan lagi mengikut jalan Allah SWT, tetapi mengikut kehendak nafsu dan syaitan, itulah sebenarnya yang di cita-citakan oleh kedua-dua musuh batin ini..
mereka mahu mencorakkan hati dengan sifat-sifat mazmumah seperti, sombong, hasad dengki, ujub, riak, cintakan keduniaan, takut mati, dendam, tamak haloba, malas beribadah, ragu dengan kebenaran dan banyak lagi..
bila sifat mazmumah sudah bertapak maka syaitan akan memperalatkan nafsu kemana sahaja arah yang disukai, begitulah cara mereka bekerja untuk menipu kita, dengan itu kita perlu mencari jalan untuk menewaskan rancangan jahat itu..
peperangan inilah yang dinamakan mujahadah atau melawan nafsu dan syaitan, jalan untuk menewaskan syaitan adalah dengan cara menundukkan nafsu, didik nafsu supaya tunduk dan patuh kepada syariat Allah SWT..
Allah SWT berfirman;
"Sesungguhnya syaitan itu bagi manusia adalah musuh yang sangat nyata"
(Surah Yusuf: 5)
Rasulullah SAW bersabda;
"Perangilah nafsu kamu dengan berlapar dan dahaga kerana pahalanya adalah seperti pahala orang yang berjihad dijalan Allah dan bahawa tidak ada amalan yang lebih disukai Allah selain daripada berlapar dan dahaga"
sahabat-sahabatku fillah
hendaklah kita sedari bahawa syaitan menggoda manusia melalui nafsu yang tidak dididik untuk tunduk dan taat kepada perintah Allah SWT, jika kita lalai bermujahadah dalam erti kata yang lain, membuat latihan jiwa seperti berlapar atau berpuasa, maka mudah sekali syaitan memperkudakan nafsu untuk merosakkan manusia..
untuk menghalangnya hendaklah kita sentiasa berusaha mendidik nafsu yang sememangnya mengajak kita kepada kejahatan, supaya mengerjakan amal kebajikan, ini memerlukan latihan dan usaha yang berterusan supaya dengan demikian nafsu akan terdidik hingga ia berada ditahap nafsu yang sempurna..
Subhanallah
blog
saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan