share dari link fb ~ Nadiah Azaman Ppk
PUASA DARI KACA MATA ILMU MAKRIFAT.
Bagi memahami puasa berat, puasa besar dan puasa yg sebenar2 afdal itu hendaklah kita kembali rujuk kpd "erti bulan Ramadhan". Erti bulan Ramadhan itu adalah bulan "Rahmat, Nikmat, dan Barakah".
Seringan-ringan atau sekecil-kecil puasa itu adalah menikmati "nikmat" minuman dan nikmat makanan apabila berbuka.
Manakala seberat-berat atau sebesar-besar puasa itu adalah menikmati nikmat mata, telinga, mulut, gerak, melihat, mendengar, akal, pemikiran dan sebagainya.
Puasa Ramadhan itu adalah menikmati dari sekecil-kecil nikmat Allah yg berupa air dan makanan sampailah kpd sebesar-besar puasa iaitu menikmati nikmat anggota tujuh. Disamping itu juga, hendaklah kita menikmati nikmat alam, nikmat langit, nikmat laut, nikmat udara, nikmat tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
Yang jelasnya puasa itu menikmati, menghargai dan memberi nilai tambah kpd anugerah rahmat atau nikmat Allah SWT.
Itulah erti puasa mengikut kaca mata ilmu hakikat dan Makrifat. Bila mana kita tidak bersyukur atau tidak pandai utk berterima ksh akan nikmat pemberian Allah SWT, itu lah tandanya mereka yg tidak berpuasa. Setelah bersyukur atas nikmat itu, hendaklah nikmat itu dikembalikan semula kpd "Tuan Empunya Nikmat".
Bila mana kita sudah tahu apakah itu nikmat, rahmat dan barakah (ramadhan), hendaklah nikmat, rahmat dan barakah (ramadhan anggota tujuh) itu dikembalikan semula kpd Allah. Setelah semua dan segala sifat baharu (diri kita) deikembalikan kpd Allah secara total, maka itu lah baru dikatakan Ramadhan.
Berpuasa ramadhan itu bukan sekadar menjaga mulut dr tidak mengumpat atau tidak berbohong sahaja, tetapi bermakna menyerahkan sifat dan anggota mulut kpd Allah. Jika telah diserahkan anggota mulut kpd Allah, bererti kita tidak mempunyai mulut lagi. Sekiranya tidak mempunyai mulut, apakah boleh kita mengumpat atau berckp bohong?
Begitu lah juga sifat dan anggota lain spt tangan, kaki, mata, telinga, hidung dll, hendaklah diserahkan kpd Allah. Itu lah yg dikatakan kemenangan berpuasa sepanjang hayat.
Maka, Berserah lah!
Nukilan kredit kepada : Zul Faizal
blog saya satu lagi
boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/