share dari link fb ~Aneka Resepi Raya
OAT CHOCO
Bahan-bahan:
100g Nestum
100g Quakeroat
100g Beryl's White Chocolate compound
Cara-cara:
1. Sediakan quakeroat dan nestum pada nisbah sama banyak. Kalau nak buat banyak boleh tambahkan kuantiti pastikan 1:1
2. Cairkan Beryl's white chocolate compund secara double boiler atau kukus.
3. Bila coklat putih dah cair, campurkan ke dalam campuran quakeroat dan nestum tadi
4. Gaul Quakeroat, Nestum dan coklat putih menggunakan sudu kayu sehingga sebati
5. Kemudian ratakan adunan dalam loyang atau bekas acuan yang anda mahukan dan lapik dengan plastik bagi memudahkan untuk dikeluarkan
6. Masukkan ke dalam freezer dalam 3-5 minit, keluarkan dan potong. ( Tidak masukkan ke dalan freezer pun boleh)
Tips: Boleh gunakan acuan ais untuk bentuk seperti dalam gambar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan