Isnin, 30 Jun 2014

Jiwa Yang Malas, Jiwa Yang Tamak, Jiwa Yang Bersyukur

share dari link fb ~ Selawat Perdana
 
Sahabat yang dikasihi Allah. Banyak orang diberikan Allah kepintaran, kemasyhuran, kesihatan yang baik dan harta yang banyak, namun hatinya dilamun resah dan hidupnya dirasakan hambar. Mahligai yang besar dirasakan umpama sangkar atau penjara. Makanan yan sedap dirasakan tawar dan tidak menyelerakan. Anak pinak dan sahabat handai yang ramai dirasakan membosankan. Hidup seperti tiada erti dan hanyabertujuan menghabiskan saki baki umur sementara menunggu hari kematian.

Banyak pula orang hidupnya kelihatan susah, tiada kemasyhuran, rumah kecil dan makanannya sederhana, namun pada hakikatnya dia sangat bahagia dan gembira. Dia menikmati hidup riang kerana hatinya tenang, walaupun berdepan dengan kemelut hidup yang mencabar.
 
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan