Khamis, 12 Jun 2014

Kuih apam gula hangus/ apam karamel resepi dr myresepi

share dari link fb ~Tahrunnisah Jali
 
kuih apam gula hangus/ apam karamel resepi dr myresepi 

Bahan-bahan 

1 cawan gula pasir
3/4 cawan air 

2 biji telor
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara
dalam kuali.. panaskan gula utk dijadikan gula hangus.. dan mencair gula masukkan tuang air suam secara berhati2 ye .kemudian sejukkan

Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit

Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.

Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.

Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 15mnt ...

Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan